Mama...
Engkaulah ibu yang terbaik di dunia,
menjagaku seperti kain putih yang
bersih,
setiap helaian rambutku kau belai bagai
sutera,
senyummu buatku tertawan...
mama...
sinar matamu menjadi pujaanku,
setiap jari jemarimu ku belai,
ku kecup dahimu setiap kali ku melangkah
meninggalkanmu tak kira walau sejengkal
cuma,
mama...
keringatmu membuatku hiba,
tanah yang penuh dengan duri derita
seringkali menyapa kulitmu,
pedih hatiku melihat itu,
cakar di lenganmu membuat hatiku jua
tercakar,
mama...
kaulah ibu terbaik di dunia,
walau sawah padi sentiasa menjadi
pertempuran keringatmu,
namun...
kau tabah untuk membesarkan kami,
mama...oh mama...
namamu seindah dan sebening air mata
pagi,
kerana kaulah ibu ku...
Sunday, July 19, 2009
Puisi Buat Mama
Diposkan oleh
Genk keboo.....
di
6:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komentar:
hehehehhehehhe
Post a Comment